Menghapuskan Kemungkaran dan Bidaah

Ustazah nak berkongsi pasal hadis mengenai menghapuskan kemungkaran dan bidaah. InsyaAllah.

عَنْ أُمِّ المُؤْمِنِيْنَ أُمِّ عَبْدِ اللهِ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ  .

Daripada ummul Mukminin Ummu Abdullah Aisyah RA, katanya Rasulullah SAW bersabda: “sesiapa yang mengada-ngadakan sesuatu perkara mengenai urusan agama kami, yang bukan daripadanya maka Ia adalah ditolak“.  (HR Bukhari no: 2550) Status Hadis Sahih.

Pengajaran dari hadis ini ialah:

1.  lslam adalah agama yang sudah sempurna dasar dan prinsipnya. la tidak perlu ditokok tambah lagi.

2.  Perkara baru (bidaah) yang diada-adakan atau ditokok tambah, ubah suai atau pengurangan dalam urusan ibadat dan tiada sandaran di dalam syariat mestilah ditolak.

3.  Setiap amal ibadat yang di lakukan tidak diterima melainkan dengan niat yang ikhlas dan bertepatan dengan sunnah.

4.  Setiap muslim mestilah menjauhkan diri daripada terjebak dalam perbuatan bidaah dalam ibadat, kerana ia boleh membawa kepada kehancuran diri, agama dan setengahnya pula membawa kepada kufur.5.  Imam Syafi’i berkata: “Apa yang diada-adakan dan menyanggahi al-Quran, sunnah, ijmak, maka ia adalah bidaah yang sesat. Manakala perkara baru yang baik yang diwujudkan dan tidak menyanggahi semua itu, maka ia adalah bidaah yang terpuji.”
Alhamdulillah! Marilah terus memperbanyakkan amal kebaikan!

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MYMS