Maahad Tahfiz Development Fund

9 TAHUN TAHFIZ BEROPERASI DI BANGUNAN LAMA. 

Bantu Pembangunan Maahad Mumtazatut Taqwa (MTMT) dengan wakaf anda. 

Keadaan bangunan MTMT yang lama dan merupakan hanya bangunan setingkat menyebabkan banyak kemudahan rosak selepas berlakunya banjir pada Disember 2021.

Ini menyebabkan kos baik pulih dan penyelanggaran semakin bertambah disebabkan keadaan bangunan lama sedia ada.

Bahkan untuk menampung kemasukan pelajar yang semakin bertambah.

Keperluan infrastruktur yang baru sangat diperlukan disamping baik pulih infrastruktur yang lama.

Ramai pelajar nak masuk belajar di MTMT kerana  sijil Tahfiz Malaysia MTMT di iktiraf oleh JAKIM.

Disebabkan itu keperluan untuk baik pulih dan bangunan baru sangat mendesak untuk memenuhi kemasukan ke MTMT sebagai pusat tahfiz perempuan yang diiktiraf.

Bahkan MTMT juga sekolah tahfiz persendirian yang didaftarkan sepenuhnya di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Jadi mahukah anda berwakaf untuk anak-anak Tahfiz  yang menghafaz al-Quran ini?

Bayangkan apa yang anda dapat bila berwakaf  untuk penghafal al-Quran

Satu ayat yang dihafal dan digunakannya seluruh hidupnya  anda akan mendapat pahalanya.

Begitu juga saat anak-anak tahfiz ini mengajarkan ilmunya kepada orang lain. Pahalanya juga akan terus mengalir kepada anda. 

Tanpa henti. Selamanya mengalir selagi tahfiz ini digunakan oleh anak-anak tahfiz.

Bahkan syaitan takut kerana ia adalah pahala berterusan. Biarpun kita telah tiada tapi pahala dapat terus menerus. 

Maksudnya pahala wakaf tetap masuk ke akaun pahala kita yang akan menjadi tabungan akhirat kelak. Allahu akbar..

Apa kata kata Nabi:

“Seorang hamba berkata: “Hartaku! Hartaku!”

Sesungguhnya yang menjadi (harta) miliknya tidak lain hanya tiga:

(1) Apa yang dia makan hingga habis,
(2) Apa yang dipakai hingga lusuh dan
(3) Apa yang dia sedekahkan maka ia disimpan sebagai pahala untuk akhirat.Apa jua selain itu (bukanlah hartanya kerana) dia akan pergi (mati) dan meninggalkannya kepada manusia. 

Ini sebablah wakaf pembangunan anda sangat diperlukan dalam memastikan anak-anak tahfiz ini dapat belajar dengan baik disini.

Wakaf Pembangunan ayang anda sumbangkan akan dimanfaatkan menjadi batu-bata dan keperluan berikut:

Sungguh pahala daripada sumbangan ikhlas anda akan terus mengalir dan berganda-ganda sampai bila-bila.

Segera berwakaf sebagai saham akhirat anda. Pelaburan yang tiada rugi .


Jom tuan puan . Kita tak akan menongkat langit, hidup selama-lamanya. Tapi amalan kita akan kekal selama-lamanya dengan SEDEKAH JARIAH IAITU WAKAF.

عن أبي هريرة رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثَةِ: إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Seperti kata Rasulullah : “Apabila manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga: iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan kepadanya.” (HR Muslim).

ms_MYMS