Visi & Misi
MEMPERKASA JIIL AL-QURAN

Visi
Melahirkan generasi insan Al-Quran yang berilmu, beriman , beramal, bersepadu, berakhlak mulia, dan berkemampuan membawa dan menyampaikan risalah Islam kepada masyarakat
Misi
Membina masyarakat Islam yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah serta seimbang dengan pendidikan arus perdana berupaya membangunkan ummah mengikut perkembangan dunia tanpa sempadan.

Objektif
1) Melahirkan generasi penghafal Al–Quran yang mahir, berketerampilan dan beramal dengan isi kandungan Al–Quran, sekaligus sebagai Al-Quran yang bergerak.
2) Melahirkan generasi yang bertanggungjawab dalam semua aspek dan boleh berdikari dalam menghadapi arus dunia moden.
3) Melahirkan generasi yang seimbang dari segi mental, fizikal dan rohani.
4) Melahirkan generasi yang berdisiplin dan mempunyai semangat jihad yang tinggi demi untuk menyahut tuntutan agama masa kini.
5) Menonjolkan sistem pendidikan Islam yang berasaskan Al–Quran dan As–Sunnah dan yang mampu memberikan saingan kepada pendidikan sekular.
6) Membuktikan kepada masyarakat bahawa Maahad Tahfiz Mumtazatut-taqwa ini mampu memberi sumbangan yang besar kepada Agama, Bangsa dan Negara dalam proses untuk menegakkan syiar Islam di bumi Allah ini