Jadilah Orang Bersyukur

Ustaz nak berkongsi ringkas mengenai menjadi orang yang bersyukur.. Ayuh 😀

Bersyukur menjadikan kita bahagia. Bahagia itu pastinya akan menjemput rezeki di sekeliling kita. Bersyukurlah diatas pelbagai rezeki yang dianugerahkan Allah kepada kita, rezki Iman dan Islam, rezeki kasih sayang, rezeki kesihatan yang baik, rezeki keluarga bahagia dan pelbagai lagi.

Yakinlah kita, jika kita bersyukur, Allah akan tambahkan rezeki kita. Firman Allah:

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”. (Surah Ibrahim 14 : 7)

Imam Al-Ghazali dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ menyatakan: bersyukur itu adalah menjunjung tinggi nikmat, seterusnya mengagungkan Allah. Syukur juga merupakan salah satu darjat yang paling tinggi daripada sabar dan khauf (takut) kepada Allah. Ada 4 cara kita membuktikan kesyukuran pada Allah:

1) Bersyukur dengan hati.

Tanda bersyukur dengan hati adalah, apabila kita bersungguh-sungguh meyakini bahawa segala nikmat, pemberian, hadiah, kegembiraan, kebaikan semuanya datang daripada Allah, walaupun secara fizikalnya nampak seperti manusia yang beri. Firman Allah dalah surah an-Nahl ayat 53;

وَمَا بِكُمْ مِنْ نِعْمَةٍ فَمِنَ اللَّهِ ۖ ثُمَّ إِذَا مَسَّكُمُ الضُّرُّ فَإِلَيْهِ تَجْأَرُونَ

“Dan, apa sahaja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allahlah (datangnya) dan apabila kamu ditimpa oleh kemudaratan, maka hanya kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan.”

2) Bersyukur dengan lisan.

Banyakkan puji-pujian kepada Allah dengan berzikir khususnya lafaz Alhamdulillah juga lafaz-lafaz lain.

Barangkali ada yang bertanya, mengapa mereka ini masih kekal melakukan kemungkaran? Apakah mereka tidak takut akan azab Allah ke atas mereka? Pada hakikatnya, keseronokan melakukan maksiat itu adalah salah satu bentuk hukuman dan balasan yang Allah berikan kepada manusia.

Allah menghukum mereka dengan mencabut rasa takut kepada Allah. Inilah seberat-berat azab bagi seorang muslim sehingga mereka tidak rasa gentar melakukan dosa. Kata Abu Hazim bin Dinar:

إذا رأيت ربك يتابع عليك نعمة وأنت تعصيه فاحذره

“Sekiranya engkau perhatikan Tuhanmu kerap mengurniakan nikmat setelah engkau melakukan maksiat, maka berhati-hatilah.” (Ṣifah al-Ṣafwah, 1/386)

Perkara ini diperincikan oleh al-Imam Ibn al-Jauzi yang menyebutkan:

أعظم المعاقبة أن لا يحس المعاقبُ بالعقوبة, وأشدَّ من ذلك أن يقع السرور بما هو عقوبة, كالفرح بالمال الحرام, والتمكن من الذنوب,

“Hukuman Allah yang paling besar (ke atas seorang muslim) ialah pelaku dosa itu tidak merasakan yang dia sedang dihukum oleh Allah. Dan lebih dahsyat dari itu lagi, mereka merasa seronok dengan hukuman (hati mereka dicabut rasa takut tadi) seperti mereka merasakan seronok dengan memakan harta yang haram, atau kekal melakukan dosa.” (Ṣayd al-Khātir, 27)

Ibn al-Jauzi turut menceritakan kisah seorang lelaki pada zaman Bani Israel yang konsisten melakukan maksiat tetapi beliau kekal atas nikmat dan Allah tidak memberikan sebarang hukuman ke atasnya. Lalu dia bertanya:

يا رب كم أعصيك ولا تعاقبني؟ فقيل له: كم أعاقبك وأنت لا تدري؛ أليس قد حرمتك حلاوة مناجاتي؟

“Wahai Tuhanku, berapa banyak dosa yang telah aku lakukan tetapi mengapa Tuhan masih belum memberikan aku hukuman? Lalu dikata kepadanya: Sesungguhnya Tuhanmu telah memberikan azab dalam keadaan yang tidak engkau sedari. Bukankah telah dicabutkan dari hatimu untuk merasakan keseronokan bermunajat kepada Tuhanmu? (Ṣayd al-Khātir, 27)

3) Bersyukur dengan amal perbuatan

Tanda syukur dengan perbuatan adalah apabila kita menunaikan solat fardhu 5 waktu, berpuasa, bersedekah, berdakwah dan melakukan pelbagai amal kebajikan. Gunakan anggota badan untuk mengelak daripada membuat maksiat. Menjaga pandangan mata daripada perkara dosa seperti video lucah dan aurat. Menjaga telinga daripada mendengar perkara yang haram, menjaga mulut daripada mengumpat, memfitnah, menipu, mengadu domba, dan sebagainya.

4) Bersyukur dengan segala nikmat pemberian.

Apa sahaja nikmat yang kita perolehi sama ada yang kecil mahupun yang besar, wajib kita syukuri. Termasuklah nikmat masa, ilmu, kesihatan, dan sebagainya.

Jadilah kita orang yang sentiasa bersyukur walau sekecil mana nikmat yang kita miliki.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MYMS