Project Rice For Asnaf



MADADCARE – Project Rice For Asnaf

Projek ini merupakan inisiatif terbaru dari Murtadha Dakwah Centre kepada seluruh asnaf di sekitar negeri Kedah khususnya dan seluruh Malaysia secara umumnya.
Inisiatif ini merupakan satu usaha kecil tetapi insha Allah memberi makna yang amat besar buat mereka yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan asas.
Sumbangan sekilo beras untuk satu keluarga asnaf dengan mengunakan sistem yang sangat mudah dan cepat dalam proses pengambilan beras tersebut. Dengan hanya menyentuh kad yang disediakan atau menggunakan aplikasi yang bakal diwujudkan khas bagi memudahkan asnaf.
Selain itu, Mesin Rice For Asnaf juga berperanan untuk memudahkan orang ramai dalam melakukan proses fidyah, zakat dan sumbangan beras kepada asnaf. Prosesnya sangat mudah dengan cara meletakkan kuantiti beras yang ingin disumbangkan ke dalam mesin tersebut dengan bantuan penyelia bertugas.
Ingatlah masih ramai yang isi rumahnya nasi secawan dikongsi 8 penghuni rumah dan terkadang terpaksa catu berhari hari menunggu giliran untuk merasakan menu nasi itupun sekadar nasi lembik bersama garam.
Ayuh sama-sama kita sebarkan manfaat kebaikan yang mampu diperolehi oleh orang2 yang memerlukan melalui Mesin ATM Beras untuk Asnaf ini.

ms_MYMS