Program

Maahad ini menawarkan pendidikan hafazan Al Quran sepenuh masa dan asas-asas Fardhu Ain,Bahasa Arab,Tajwid dan Akhlak.Tempoh pengajian 3 tahun. Mutu kualiti hafazan pelajar amat di tekankan. Bagi menjaga kualiti hafazan , program ithbat (tasmik bacaan) hafazan 10 juzuk – 30 juzuk di jalankan secara berkala bersama program panel Persatuan Institusi Tahfiz Al Quran Negeri Selangor (PITAS). Program ini dijalankan 3 kali setahun.

SYARAT-SYARAT KEMASUKKAN KE MAAHAD TAHFIZ MUMTAZATUT-TAQWA

  1. Pelajar yang ingin memasuki kelas tahfiz Al-Quran sepenuh masa wajib khatam 30 juzuk secara bacaan ( bertalaqqi ).
  2. Pengambilan pelajar adalah pelajar yang sudah berumur 11 – 13 tahun @ telah menduduki peperiksaan PMR @ SPM.
  3. Terbuka kepada pelajar yang lemah dalam akademik @ tidak memiliki sijil akademik tetapi mempunyai minat yang mendalam dalam bidang hafazan Al-Quran dengan syarat umur tidak kurang dari 11 tahun dan tidak melebihi 17 tahun serta mengikut budi bicara @ ujian temuduga.
  4. Pelajar yang berminat mengikuti kelas aliran tahfiz sepenuh masa adalah wajib menetap di asrama yang telah di sediakan.
  5. Pelajar yang ingin mengikuti kelas aliran tahfiz sepenuh masa tidak dibenarkan mendaftar pengajian untuk tempoh kurang dari 12 bulan ( 1 tahun ).
  6. Pelajar yang berminat mestilah bersedia untuk patuh dengan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak maahad.

Untuk maklumat lanjut, mohon hubungi pihak pengurusan

Jadilah Seorang Penyumbang Hari Ini

Kami amat memerlukan sumbangan anda!

“Tiada satu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa, Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya), manakala malaikat satu lagi berdoa, Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan sedekah dan kedekut kemusnahan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

ms_MYMalay