Servis Sumbangan Automatik Dari MTMT

Bermula 17hb September 2021, pihak MAAHAD TAHFIZ MUMTAZATUT TAQWA(MTMT) menawarkan servis sumbangan secara automatik atau recurring donation kepada semua penyumbang MTMT.

Melalui servis ini, para penyumbang boleh membuat sumbangan secara automatik dari semua akaun bank masing-masing melalui FPX atau Financial Processing Exchange. Para penyumbang tidak perlu lagi membuat sumbangan secara manual setiap bulan melalui perkhidmatan online banking. Ia sungguh CEPATMUDAH dan MENJIMATKAN MASA para penyumbang.

Para penyumbang hanya perlu mendaftar servis sumbangan automatik dengan mengisi borang yang disediakan. Dalam borang ini, penyumbang perlu mengisi maklumat diriinfo bank dan amaun sumbangan bulanan. Apabila pendaftaran sudah diluluskan, sumbangan akan berjalan secara automatik dan penyumbang akan menerima notifikasi melalui email yang diberikan.

Untuk mendaftar sumbangan automatik, mohon klik butang di bawah

Untuk servis ini, pihak PMNI telah bekerjasama dengan Payex(Payex Ventures Sdn Bhd) untuk membolehkan sumbangan automatik dibuat dengan lancar dan telus. Terdapat caj RM1.00(sekali sahaja) untuk pendaftaran dan caj 1% dikenakan untuk setiap transaksi sumbangan yang berjaya dibuat.

Pihak MTMT sangat berharap para penyumbang dapat memanfaatkan servis ini dan terus dapat membantu pihak MTMT dalam pembangunan dan penyelenggaraan MAAHAD TAHFIZ MUMTAZATUT TAQWA(MTMT). Terima kasih.

Leave a Reply

ms_MYMalay